Pelan asas Takaful Kebakaran melindungi kerugian atau kerosakan harta benda anda yang disebabkan oleh kebakaran, kilat dan letupan gas silinder domestik di mana-mana bangunan dengan syarat bangunan hanya terpakai untuk penutup asas letupan domestik. Sijil ini boleh diperluaskan kepada peril khas yang dibenarkan di bawah Tarif Kebakaran Yang Disemak Semula (RFT).
Selain itu, anda boleh melanjutkan perlindungan untuk menampung kerugian sewa, yuran arkitek, juru ukur dan jurutera serta penghapusan serpihan tanpa sebarang kos tambahan kepada anda.
Anda boleh pilih untuk melindungi dari kerugian sewa dan peril berikut dengan sumbangan yang minimal:
Memperluaskan perlindungan
Untuk menampung kerugian sewa, yuran arkitek, juruukur dan jurutera serta penyingkiran serpihan tanpa kos tambahan kepada anda.
Manfaat Tambahan
akibat banjir, tangki air pecah atau melimpah, kerosakan hentaman, kerosakan berniat jahat, rusuhan dan mogok.
Pemilik harta
Tempoh perlindungan: 1 tahun
Jumlah sumbangan tahunan yang anda perlu bayar bergantung pada keperluan pengunderaitan kami dan peril yang anda pilih. Tertakluk pada sumbangan minimum RM60.00 untuk kediaman dan RM75.00 untuk bukan kediaman.
Produk ini tidak melindungi kerugian tertentu, seperti:
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk Sijil untuk senarai penuh pengecualian di bawah produk ini
Anda boleh membatalkan sijil anda pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat sebahagian daripada bayaran sumbangan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).