Takaful mySME adalah pelan komprehensif dan fleksibel yang boleh disesuaikan mengikut keperluan perniagaan anda. Pelan ini menawarkan pelbagai perlindungan yang merangkumi risiko khusus berkaitan perniagaan harian sementara anda boleh memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan anda.
Jumlah perlindungan tinggi sehingga RM50 juta
untuk perlindungan Kebakaran termasuk perlindungan Keganasan
Perlindungan yang lebih menarik
merangkumi semua risiko, wang, kemalangan peribadi, liabiliti awam, barangan dalam transit dan lain-lain perlindungan pilihan
Fleksibiliti untuk memilih jumlah perlindungan
yang berbeza untuk memenuhi keperluan perniagaan anda
Diskaun sumbangan sehingga 30%
Tertakluk kepada Terma dan Syarat
Penerimaan risiko auto
bagi pekerjaan perniagaan gred 1 hingga 4 dan bangunan Kelas 1A/1B atau 2 pembinaan
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang didaftarkan.
Jumlah sumbangan tahunan yang perlu anda bayar bergantung pada perlindungan manfaat dan jumlah perlindungan yang telah anda pilih.
Produk ini tidak melindungi kerugian tertentu, seperti:
Ya, anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberikan notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik sebahagian daripada caruman yang telah dibayar dengan syarat tiada tuntutan dibuat dalam tempoh semasa takaful.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).