Takaful myProton Insurance Program ialah produk takaful komprehensif yang direka khas secara eksklusif untuk pemilik kenderaan Proton.
Takaful myProton Insurance Program ialah produk takaful komprehensif yang direka khas secara eksklusif untuk pemilik kenderaan Proton.
Produk takaful motor komprehensif yang menyediakan perlindungan untuk Kenderaan Proton anda sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan akibat kemalangan, kebakaran, atau kecurian, serta liabiliti pihak ketiga bagi kecederaan tubuh badan atau kematian, dan kerugian atau kerosakan harta benda.
Kami menawarkan tiga (3) pelan komprehensif di bawah Takaful myProton Insurance Program – Pelan PIP Basic, Pelan PIP dan Pelan PIP Plus yang direka untuk menyediakan perlindungan yang boleh dipercayai serta ketenangan minda.
Nikmati pelbagai manfaat, seperti:
⦁ Perlindungan Nilai yang Dipersetujui sehingga 12 tahun;
⦁ Perlindungan Bantuan Banjir sehingga RM1,000:
⦁ Perlindungan Kemalangan Peribadi Motor untuk peserta dan pemandu yang dibenarkan.
⦁ Dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai manfaat, terma dan syarat, sila rujuk kepada Helaian Penerangan Produk bagi setiap pelan.
Perlindungan Komprehensif
Kami melindungi anda daripada kerugian atau kerosakan akibat kemalangan, kebakaran, kecurian, serta kecederaan badan pihak ketiga dan kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga.
Program bantuan bahu jalan 24/7
Tundaan kereta tanpa had untuk kereta persendirian.
Perlindungan tambahan
Untuk ketenangan fikiran anda, perlindungan ini merangkumi cermin depan, tingkap dan pelindung matahari kenderaan, liabiliti undang-undang terhadap penumpang, perlindungan undang-undang akibat kecuaian penumpang, kemasukan peril khas serta mogok, rusuhan dan kekacauan awam dan banyak lagi.
24/7 roadside assistance program
With a complimentary breakdown towing of up to 50km for private cars.
Additional coverage
For your serenity that includes windscreen damage, passenger liability cover, special perils due to natural disasters like floods, windstorms, typhoons, landslides and strikes, riots and civil commotion and many more
Umur kenderaan sehingga 12 tahun
Semua model kenderaan Proton selagi jumlah perlindungan adalah RM250,000 dan ke bawah.
Umur kemasukan Peserta (umur pada hari lahir akan datang) mestilah 17 tahun dan ke atas
Tempoh Perlindungan: Satu tahun
Produk ini melindungi:
Sumbangan yang perlu anda bayar mungkin bergantung kepada kelayakan NCD, manfaat pilihan dan faktor penarafan kami seperti jumlah perlindungan, umur kenderaan, buatan dan model kenderaan serta umur pemandu.
Boleh. Anda boleh membatalkan sijil anda pada bila bila masa dengan memberikan notis bertulis kepada CSU kami melalui e-mel (csu@takaful-malaysia.com.my), dengan mengunjungi mana-mana Takaful myCare Centres (TMCC) atau Wakil Jualan Proton, atau melalui portal myTakafulCustomer (myTakafulCustomer – LOGIN). Selepas pembatalan, anda layak mendapat pemulangan secara pro-rata daripada sumbangan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan. Tiada caj pembatalan dikenakan.
Nilai yang Dipersetujui adalah jumlah perlindungan yang akan kami bayar kepada anda sekiranya berlaku kerugian menyeluruh atau kecurian. Manakala Nilai Pasaran adalah jumlah perlindungan yang akan kami bayar kepada anda mengikut nilai pasaran kereta anda pada masa kerugian menyeluruh atau kecurian, tetapi tertakluk kepada jumlah perlindungan yang dipilih oleh anda.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).