Pelan perlindungan khusus untuk rumah anda. Sekiranya berlaku kematian atau Keilatan Menyeluruh dan Kekal (KMK), keluarga anda tidak akan dibebani dengan bayaran balik gadai janji atau menghadapi kemungkinan kehilangan rumah mereka kerana Takaful myMortgage menyediakan perlindungan ke atas baki pembiayaan rumah akibat kematian atau KMK.
Umur kemasukan yang tinggi - sehingga umur 65 tahun pada hari lahir yang berikutnya
Tiada pemeriksaan perubatan
Tiada pembaharuan diperlukan
Individu berumur di antara 18 dan 65 tahun dengan kemudahan pembiayaan/pinjaman.
Pelan ini sesuai untuk pemilik rumah yang mahukan rumah mereka tetap kekal untuk didiami oleh ahli keluarga mereka sekiranya berlaku kematian atau keilatan menyeluruh dan kekal.
Jumlah caruman yang perlu dibayar bergantung kepada umur kemasukan, jantina, jumlah perlindungan dan tempoh perlindungan anda.
Jumlah perlindungan yang anda perlukan bergantung kepada baki atau jumlah pembiayaan rumah anda.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).