Pelan asas Takaful Kebakaran melindungi kerugian atau kerosakan harta benda anda yang disebabkan oleh kebakaran, kilat dan letupan gas silinder domestik di mana-mana bangunan dengan syarat bangunan hanya terpakai untuk penutup asas letupan domestik. Sijil ini boleh diperluaskan kepada peril khas yang dibenarkan di bawah Tarif Kebakaran Yang Disemak Semula (RFT).
Selain itu, anda boleh melanjutkan perlindungan untuk menampung kerugian sewa, yuran arkitek, juru ukur dan jurutera serta penghapusan serpihan tanpa sebarang kos tambahan kepada anda.
Anda boleh pilih untuk melindungi dari kerugian sewa dan peril berikut dengan sumbangan yang minimal:
Pulangan Tunai
Sekiranya tiada tuntutan sepanjang tempoh perlindungan
Pilihan Lanjutan Perlindungan
Untuk menampung kerugian sewa, yuran arkitek, juruukur dan jurutera serta penyingkiran serpihan tanpa kos tambahan
Manfaat Tambahan
Untuk menampung kerugian sewa dan peril dengan sumbangan minimum
Pemilik Harta
Jumlah sumbangan tahunan yang perlu dibayar bergantung pada keperluan pengunderaitan dan peril yang dipilih. Tertakluk kepada sumbangan minimum RM60.00 untuk kediaman dan RM75.00 untuk bukan kediaman.
Produk ini tidak melindungi kerugian tertentu, seperti:
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk Sijil untuk senarai penuh pengecualian di bawah produk ini
Ya, anda boleh membatalkan sijil pada bila-bila masa dengan memberi kami notis bertulis. Selepas pembatalan, anda layak mendapat pemulangan sebahagian daripada sumbangan dengan syarat tiada sebarang tuntutan dibuat.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).