Memandangkan caj Hospital dan Pembedahan yang semakin meningkat, skim ini akan membantu majikan mengurangkan beban kewangan sekiranya pekerja asing mereka dimasukkan ke Hospital Kerajaan Malaysia bukan korporat akibat kemalangan atau penyakit.
Had tahunan sehingga RM20,000
Bilik & Makan sehingga RM160
Termasuk perlindungan di ICU sehingga 15 hari
Pekerja asing sepenuh masa yang bekerja dengan pemilik sijil pada masa sekarang dan masa depan
Dari umur lapan belas (18) hingga enam puluh (60) tahun, yang terlibat secara aktif dalam kerja biasa mereka
SKHPPA tidak melindungi Pekerja Domestik. Pekerja domestik merujuk kepada pembantu rumah, pemandu peribadi, tukang kebun, pengawal peribadi, pengawal rumah, tukang masak, jururawat, penjaga, valet, atau sesiapa sahaja yang diambil bekerja dalam pekerjaan atau berkaitan dengan pekerjaan di rumah kediaman persendirian.
Tempoh perlindungan: 1 tahun
Ya
Tidak. Skim ini tidak melindungi pekerja domestik iaitu pembantu rumah, pemandu peribadi, tukang kebun, pengawal peribadi, pengawal rumah, tukang masak, jururawat, penjaga, pembantu peribadi, atau sesiapa sahaja yang diambil bekerja dalam pekerjaan atau berkaitan dengan pekerjaan di rumah kediaman persendirian.
Boleh, majikan boleh mendahulukan pembayaran sumbangan pekerja asing dan kemudian ditolak daripada gaji pekerja asing tersebut
Sumbangan tahunan adalah sebanyak RM120 bagi setiap pekerja asing dan perlindungan bermula selepas pendaftaran beserta pembayaran sumbangan dibuat. Sumbangan tahunan adalah tertakluk pada 8% cukai perkhidmatan, yang mana berkenaan.
Tidak semestinya, dengan syarat pekerja asing tersebut bekerja di Malaysia secara sah dan telah lulus pemeriksaan perubatan yang diselia oleh Fomema sdn. Bhd. (FOMEMA)
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah skim ini adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).