Sijil Semua Risiko Pembinaan menyediakan perlindungan komprehensif kepada kontraktor untuk memenuhi obligasi mereka di bawah syarat-syarat kontrak bagi kerja projek yang melibatkan pembinaan jentera, loji, struktur besi dalam apa jua bentuk yang diberikan kepada mereka bagi projek yang berkaitan dengan pembinaan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan di tapak projek.
Sijil ini juga menyediakan perlindungan semasa tempoh kerja pembinaan termasuk ujian/pentauliahan. Selain daripada kerosakan bahan/peralatan, sijil ini juga turut menanggung kerugian terhadap liabiliti pihak ketiga yang bakal menjadi tanggungan peserta di sisi undang-undang yang timbul daripada pelaksanaan projek tersebut.
Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat dua bahagian iaitu:
Bahagian I – Kerosakan Bahan / Peralatan
Melindungi apa jua kerugian atau kerosakan fizikal secara tidak dijangka dan tiba-tiba akibat semua sebab, selain daripada perkara yang dikecualikan secara khusus di dalam sijil.
Bahagian II – Liabiliti Pihak Ketiga
Melindungi kontraktor daripada semua bayaran di mana dia bertanggungjawab dari segi undang-undang untuk membayar ganti rugi akibat daripada:
Kecederaan anggota badan atau penyakit yang tidak disengajakan yang dialami oleh pihak ketiga akibat kemalangan (sama ada membawa maut atau tidak).
Kerugian atau kerosakan harta benda yang tidak disengajakan milik pihak ketiga akibat kemalangan dan berkaitan terus dengan kerja pembinaan peralatan/bahan yang dilindungi di bawah Bahagian I dan berlaku secara langsung di kawasan tapak kerja semasa tempoh perlindungan.
Kontraktor berdaftar yang mempunyai ‘Letter of Award’.
Jumlah sumbangan tahunan yang perlu anda bayar mungkin berbeza bergantung pada pendedahan risiko, keperluan pengunderaitan kami dan jumlah yang dilindungi oleh harta itu. Tertakluk pada sumbangan minimum RM250.00.
Produk ini tidak melindungi kerugian tertentu, seperti:
Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberikan notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik sebahagian daripada sumbangan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).