Sijil Semua Risiko Kontraktor menyediakan perlindungan untuk Kontraktor dan Pemaju untuk memenuhi kewajipan mereka di bawah syarat kontrak bagi kerja-kerja kejuruteraan awam yang diberikan kepada mereka seperti pembinaan bangunan, infrastruktur dan kerja kejuruteraan awam yang lain.
Perlindungan sijil untuk kerugian atau kerosakan atas kerja-kerja kontrak semasa tempoh pembinaan boleh dilanjutkan kepada tempoh penyelenggaraan dari apa-apa sebab yang tidak dikecualikan secara khusus.
Sijil ini akan terhenti apabila tamatnya projek dan penyerahan kepada Prinsipal. Sijil Semua Risiko Kontraktor bukan sijil tahunan dan oleh itu tidak boleh diperbaharui. Sijil ini melindungi ganti rugi liabiliti pihak ketiga yang bakal menjadi tanggungan Peserta di sisi undang-undang yang timbul daripada pelaksanaan kontrak tersebut.
Melindungi kerosakan bahan
Melindungi liabiliti pihak Ketiga
Kontraktor berlesen yang mempunyai ‘Letter of Award’.
Jumlah sumbangan tahunan yang perlu dibayar bergantung pada pendedahan risiko, keperluan pengunderaitan kami dan jumlah yang dilindungi oleh harta itu. Tertakluk pada sumbangan minimum RM250.00.
Produk ini tidak melindungi kerugian tertentu, seperti:
Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberikan notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik sebahagian daripada sumbangan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).