Sijil ini menyediakan perlindungan komprehensif untuk peralatan elektronik dan peralatan berkaitan dengan komputer termasuk media data luaran.
Pampasan akan dibayar atas sebarang kerugian fizikal, melainkan kerugian itu dikecualikan. Barangan yang rosak atau musnah mestilah disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka dan tiba-tiba, di mana barangan itu tidak lagi dapat berfungsi dengan baik.
Kerosakan Bahan/Peralatan
Melindungi semua pemasangan perkakasan termasuk peranti persisian dan aksesori
Media Data Luaran
Melindungi kos membaik pulih bagi sebarang kehilangan media data seperti cakera keras, pita dan media data luaran lain yang digunakan untuk penyimpanan maklumat berasaskan komputer.
Peningkatan Kos Kerja
Melindungi ganti rugi bagi perbelanjaan tambahan atau kenaikan kos kerja berikutan kehilangan atau kerosakan ketara dengan membayar balik kos penyewaan peralatan sandaran
Pemilik Peralatan Elektronik.
Jumlah sumbangan tahunan yang perlu anda bayar mungkin berbeza bergantung pada pendedahan risiko, keperluan pengunderaitan kami dan jumlah yang dilindungi oleh harta itu. Tertakluk pada sumbangan minimum RM250.00.
Produk ini tidak melindungi kerugian tertentu, seperti:
Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberikan notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik sebahagian daripada sumbangan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).