Skim ini menyediakan perlindungan kepada anda sebagai majikan berkenaan liabiliti berkanun di mana anda akan bertanggungjawab untuk membayar pampasan kepada mana-mana pekerja bagi kecederaan anggota badan akibat kemalangan atau penyakit akibat pekerjaan atau semasa menjalankan pekerjaaannya di bawah Undang-Undang Pampasan Pekerja dan Undang-Undang Biasa untuk pekerja yang tidak dilindungi oleh SOCSO.
Pemilik Perniagaan
Majikan
Firma
Perusahaan Perniagaan
Korporat
Jumlah sumbangan tahunan yang perlu anda bayar mungkin berbeza bergantung pada pendedahan risiko, keperluan pengunderaitan kami, jumlah yang dilindungi dan jenis perniagaan anda. Tertakluk pada sumbangan minimum RM100.00.
Produk ini tidak melindungi kerugian tertentu, seperti:
Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberikan notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik sebahagian daripada sumbangan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).