Takaful Malaysia

myMediShare

Dengan kos perubatan yang meningkat sebanyak 10 hingga 15% setiap tahun di Malaysia, myMediShare memberikan anda penyelesaian yang berpatutan untuk melindungi kesihatan. Nikmati perlindungan perubatan menyeluruh dengan manfaat bilik dan penginapan hospital sehingga RM500 sehari dan had tahunan sehingga RM1.5 juta, dengan caruman yang lebih mampu milik melalui ciri Ko-Takaful!

Manfaat Utama

Had tahunan sehingga RM1.5 Juta dengan MediBooster

Perlindungan mampu milik tanpa had seumur hidup

Elaun tunai harian sehingga RM250 di hospital kerajaan

Banner

Kelayakan

Rakyat Malaysia berumur 6 hingga 69 tahun

Tempoh perlindungan sehingga umur 85 tahun

Bagaimana untuk Menyertai?

Soalan Lazim

Individu berumur 19 tahun hingga 69 tahun pada hari lahir akan datang boleh memohon untuk menyertai pelan ini. Sebagai ibu bapa, anda juga boleh memohon pelan ini untuk anak anda yang mesti berumur sekurang-kurangnya 6 hingga 18 tahun pada hari lahir akan datang pada masa pendaftaran.

Tidak, pelan ini memberikan anda keputusan pengunderaitan segera di mana anda hanya perlu menjawab soalan pengunderaitan yang berkaitan berdasarkan keadaan kesihatan orang yang dilindungi.

Ya, e-kad perubatan akan disediakan untuk pelan ini, yang akan anda terima melalui e-mel selepas permohonan berjaya. Anda juga boleh log masuk ke portal myTakaful Customer kami dan muat turun e-kad perubatan tersebut.

Amaun caruman berbeza mengikut pilihan pelan, pilihan Ko-Takaful, mod pembayaran caruman, jantina dan umur dicapai orang yang dilindungi semasa pembaharuan tahun seterusnya.

Jika anda membatalkan sijil anda dalam tempoh 15 hari penelitian percuma dari tarikh penghantaran e-sijil, jumlah caruman yang anda telah bayar akan dikembalikan. Walau bagaimanapun, jika anda membatalkan selepas 15 hari penelitian percuma, anda mungkin layak mendapat sebahagian daripada bayaran balik caruman seperti yang ditentukan oleh kami dengan syarat tiada tuntutan dibuat dalam tahun sijil semasa.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

Document Download