Sijil ini adalah untuk melindungi anda sebagai pemilik perniagaan daripada liabiliti undang-undang untuk membayar pampasan bagi kecederaan anggota badan akibat kemalangan atau kerosakan yang tidak sengaja kepada harta benda awam yang disebabkan oleh kecuaian anda atau kecuaian pekerja-pekerja anda. Liabiliti yang dinyatakan juga termasuk caj dan perbelanjaan undang-undang. Semua syarikat dan perusahaan perniagaan perlu mendapatkan perlindungan yang disediakan di bawah Skim ini, dan ia adalah penting untuk pemohon memilih had yang mencukupi memandangkan anggaran tuntutan besar yang mungkin timbul.
Melindungi kecederaan badan yang tidak disengajakan
kepada mana-mana orang yang bukan ahli keluarga peserta atau mana-mana orang dalam perkhidmatan atau kontrak pekerjaan dengan peserta
Melindungi kerosakan yang tidak disengajakan
kepada harta benda yang bukan milik atau dalam jagaan atau kawalan peserta
Menampung sebarang perbelanjaan undang-undang
yang ditanggung oleh peserta dalam mempertahankan prosiding undang-undang dengan kebenaran bertulis operator takaful
Pemilik Perniagaan
Majikan
Firma
Perusahaan Perniagaan
Jumlah sumbangan tahunan yang perlu anda bayar mungkin berbeza bergantung pada pendedahan risiko, keperluan pengunderaitan kami, jumlah yang dilindungi dan jenis perniagaan anda. Tertakluk pada sumbangan minimum RM75.00.
Produk ini tidak melindungi kerugian tertentu, seperti:
Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberikan notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik sebahagian daripada sumbangan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).