Pelan ini melindungi kos kehilangan atau kerosakan harta benda akibat pecah masuk di premis perniagaan atau komersial. Pelan ini juga melindungi kerosakan pada premis anda akibat daripada masuk atau keluar secara paksa yang berlaku semasa pecah masuk.
Walau bagaimanapun, anda sebagai pemilik perniagaan sepatutnya telah menyertai Pelan Takaful Kebakaran kami sebelum menyertai pelan ini.
Melindungi kerugian atau kerosakan akibat pecah masuk
yang disertai dengan kemasukan atau keluar yang sebenar, paksaan dan ganas
Perlindungan kerosakan premis
disebabkan kecurian tersebut atau sebarang percubaan ke atasnya
Pemilik perniagaan
Jumlah sumbangan tahunan yang perlu anda bayar mungkin berbeza bergantung pada pendedahan risiko, keperluan pengunderaitan kami dan jumlah yang dilindungi oleh harta itu. Tertakluk pada sumbangan minimum RM100.00.
Produk ini tidak melindungi kerugian tertentu, seperti:
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk Sijil untuk senarai penuh pengecualian di bawah produk ini.
Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberikan notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik sebahagian daripada sumbangan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).