Takaful Malaysia

Wang

Perlindungan terhadap kehilangan wang semasa  transit atau simpanan di dalam premis peserta

Pelan ini sesuai untuk perniagaan yang melibatkan transaksi tunai harian di mana perlindungan ini merangkumi wang yang hilang di dalam perjalanan atau yang disimpan di premis. Takaful Malaysia juga akan menanggung kerugian anda sekiranya berlaku kerugian/kerosakan wang akibat peril kecurian.

 

Wang di sini bermaksud wang tunai, nota bank, cek, kiriman wang, wang pos, Bil Pertukaran dan setem yang tidak digunakan.​

Manfaat Utama

Wang semasa Transit

Kehilangan wang dalam jagaan peribadi dan perlindungan pekerja yang diberi kuasa peserta semasa dalam transit terus antara premis tersebut dan bank

Wang dalam Premis

Kehilangan wang milik peserta atau yang menjadi tanggungjawab peserta hilang, musnah atau rosak semasa disimpan di dalam premis peserta

Kerosakan terhadap Peti Besi

Kehilangan atau kerosakan pada mana-mana peti besi atau bilik kebal milik peserta

Banner

Kelayakan

Pemilik perniagaan

Grey arrow
Grey arrow

Bagaimana untuk Menyertai?

Soalan Lazim

Jumlah sumbangan tahunan yang perlu  dibayar  berbeza bergantung pada pendedahan risiko, keperluan pengunderaitan dan jumlah yang dilindungi oleh harta itu. Tertakluk pada sumbangan minimum RM100.00.

Pelan ini tidak melindungi kerugian tertentu, seperti:

– Penipuan atau ketidakjujuran kakitangan.
– Kesilapan perkeranian atau perakaunan.
Kerugian dilindungi di bawah Jaminan Kesetiaan.
– Kerugian daripada kenderaan yang tidak diawasi.
– Kerugian melalui rampasan oleh mana-mana Kerajaan atau pihak berkuasa awam
– Kerugian atau kerosakan akibat atau berkaitan perbuatan menipu.
– Kehilangan atau kerosakan akibat atau berkaitan tindakan Pecah Amanah Jenayah oleh mana-mana orang dalam maksud takrifan kesalahan Pecah Amanah Jenayah yang ditetapkan mahkamah jenayah.
– Kerugian atau kerosakan akibat kesilapan atau ketinggalan.
– Sebarang kejadian lain yang dilarang oleh prinsip Syariah.

Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk Sijil untuk senarai penuh pengecualian di bawah produk ini.

Anda boleh membatalkan sijil dengan memberikan kami notis bertulis. Selepas pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik sebahagian daripada sumbangan dengan syarat tiada sebarang tuntutan dibuat.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

Muat Turun Dokumen