Takaful Malaysia
Takaful Malaysia Salur Bantuan RM100,000 untuk Mangsa Saluran Paip Gas Terbakar di Putra Heights dan Percepat Proses Tuntutan untuk Pelanggan Terjejas
02 Apr 2025

Takaful Malaysia telah mengambil tindakan pantas berikutan tragedi saluran paip gas terbakar di Putra Heights. Takaful Malaysia menyumbangkan RM100,000 untuk membantu mangsa yang terjejas akibat insiden tersebut, selaras dengan seruan kerajaan untuk memberikan bantuan segera kepada mereka yang memerlukan. Menyedari keadaan yang memerlukan ini, Takaful Malaysia bertindak menyalurkan bantuan kewangan segera untuk membantu mangsa yang terlibat.

 

Nor Azman Zainal, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, berkata, “Kami ingin menzahirkan keprihatinan dan solidariti kepada mangsa insiden yang terjejas dan mengharungi kesukaran akibat tragedi ini. Sebagai sebuah entiti korporat yang bertanggungjawab, kami komited untuk meringankan beban mangsa yang terjejas dan membantu mereka menghadapi masa yang mencabar ini. Sumbangan segera ini bertujuan untuk memberikan bantuan kecemasan kepada mereka yang amat memerlukan.”

 

“Selain itu, kami komited untuk membantu pelanggan dengan mempercepatkan proses tuntutan tanpa memerlukan laporan polis bagi pelanggan yang layak untuk memastikan mereka menerima bantuan yang diperlukan tanpa sebarang kelewatan. Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh pelanggan dan menjadi tanggungjawab kami sebagai penyedia perlindungan takaful untuk membantu dan memudahkan urusan tuntutan mereka. Komitmen ini membuktikan kami sentiasa bersama pelanggan ketika mereka memerlukan bantuan dan sokongan,” kata Nor Azman Zainal.

"
Kami berharap semua pihak akan terus mendoakan mangsa yang terjejas, serta memberi sokongan kepada mereka yang memberikan bantuan. Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat, kami sentiasa berada di barisan hadapan dalam usaha kemanusiaan dengan memberikan bantuan segera semasa krisis. Inisiatif segera ini membuktikan komitmen kami yang tidak berbelah bagi untuk kesejahteraan komuniti

Takaful Malaysia berpendirian teguh dalam misinya untuk membantu mangsa yang terlibat dalam insiden ini. Melalui cabang takaful amnya, Takaful Malaysia mempercepatkan proses tuntutan untuk pemegang sijil yang terjejas akibat kejadian ini bagi memastikan mereka menerima sokongan yang diperlukan dengan segera. Takaful Malaysia juga menyediakan talian bantuan tuntutan khas bagi mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan demi kemudahan pelanggan. Bagi tuntutan bukan motor, pelanggan boleh menghubungi 012-927 1686 atau 017-328 3543, manakala untuk tuntutan motor, pelanggan boleh menghubungi talian 1800-888-788 untuk bantuan segera atau nombor alternatif 016-354 1991 atau 019-629 2680.

 

“Kami berharap semua pihak akan terus mendoakan mangsa yang terjejas, serta memberi sokongan kepada mereka yang memberikan bantuan. Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat, kami sentiasa berada di barisan hadapan dalam usaha kemanusiaan dengan memberikan bantuan segera semasa krisis. Inisiatif segera ini membuktikan komitmen kami yang tidak berbelah bagi untuk kesejahteraan komuniti,” kata Nor Azman Zainal.

Takaful Malaysia Rai Pemenang Hadiah Utama Kempen U Kaotim U Win
Takaful Malaysia Rai Pemenang Hadiah Utama Kempen U Kaotim U Win
Takaful Malaysia Salur Bantuan RM100,000 untuk Mangsa Saluran Paip Gas Terbakar di Putra Heights dan Percepat Proses Tuntutan untuk Pelanggan Terjejas