Takaful Malaysia telah meraikan pemenang bertuah hadiah utama kempen U Kaotim U Win, Haslina Hashim yang berjaya membawa pulang sebuah kereta Toyota Vios dan Khoo Kin Lin yang memenangi motosikal Yamaha Xmax.
Nor Azman Zainal, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, berkata, “Alhamdulillah, kempen U Kaotim U Win ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan jumlah penyertaan yang di luar jangkaan. Kempen ini dianjurkan buat kali kedua sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam inisiatif pemasaran syarikat untuk menggalakkan lebih ramai pelanggan mendaftar dan memperbaharui pelan perlindungan mereka melalui saluran digital Kaotim. Kempen kali ini menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada peserta termasuk hadiah utama sebuah kereta Toyota Vios dan motosikal Yamaha Xmax.”
“Tahniah kepada Puan Haslina dan Encik Khoo Kin Lin kerana terpilih sebagai pemenang utama. Kempen U Kaotim U Win ini bukan sahaja bertujuan menghargai kesetiaan pelanggan, malah turut menggalakkan penggunaan platform digital Kaotim yang mudah, pantas dan selamat untuk mendapatkan pelan perlindungan yang komprehensif dan berpatutan,” kata Nor Azman Zainal.
Kempen U Kaotim U Win yang telah berlangsung pada 29 November 2024 hingga 28 Februari 2025, menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada 50 pemenang bertuah, termasuk wang tunai RM5,000, gajet elektronik, barangan elektrik serta hadiah utama iaitu sebuah kereta Toyota Vios dan motosikal Yamaha Xmax.
“Tahniah diucapkan kepada semua pemenang kempen U Kaotim U Win dan terima kasih kerana setia bersama Takaful Malaysia dan melanggan pelan perlindungan yang ditawarkan di bawah jenama dan platform digital Kaotim. Takaful Malaysia akan terus komited dalam memperkasa pengalaman pelanggan melalui penyelesaian takaful yang inovatif serta pelbagai inisiatif menarik yang memberikan nilai tambah kepada pelanggan,” kata Nor Azman Zainal.