Takaful Malaysia

Takaful myHome Cover

Penyelesaian sehenti komprehensif yang menawarkan perlindungan yang boleh disesuaikan untuk melindungi harta benda anda

 

Lindungi rumah anda seperti anda melindungi keluarga. Dapatkan pelan perlindungan kediaman anda dari serendah RM60 setahun!*

*Tertakluk pada terma, pengecualian dan syarat sijil.

Manfaat Utama

Perlindungan Boleh Disesuaikan

Perlindungan fleksibel untuk disesuaikan dengan mana-mana 16 manfaat tambahan mengikut bajet anda

Tiada Ekses

Tiada ekses dikenakan bagi memastikan pelan perlindungan yang mudah dan telus

Elaun Bantuan

Terima Elaun Bantuan RM500 setahun sekiranya berlaku kebakaran dan banjir

Banner

Kelayakan

Awam - pemilik sah hartanah (bangunan dan/atau kandungan) iaitu pemilik rumah, pemegang rumah dan penyewa

Bagaimana untuk Menyertai?

Soalan Lazim

Sumbangan yang perlu anda bayar bergantung pada keperluan pengunderaitan kami dan peril yang anda pilih.

Produk ini tidak melindungi kerugian tertentu seperti:

  1. Peperangan, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan atau sebarang tindakan keganasan
  2. Pemberhentian Kerja Rampasan atas perintah kerajaan atau Pihak Berkuasa Perbandaran Awam atau Tempatan
  3. Pembakaran secara spontan
  4. Senjata nuklear atau pengionan radiasi atau pencemaran
  5. Kehilangan atau kerosakan berbangkit dalam apa jua bentuk
  6. Kerosakan harta ke atas data atau perisian
  7. Seksyen “Liabiliti kepada Awam” tidak meliputi sebarang kecederaan melibatkan asbestos atau kerosakan melibatkan penggunaan, kehadiran, kewujudan, pengesanan, pengalihan, penghapusan atau pengelakan pendedahan asbestos atau pendedahan potensi terhadap asbestos
  8. Sebarang acara/aktiviti lain yang dilarang/bertentangan dengan Syariah.

Nota: Senarai di atas adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada Sijil untuk senarai pengecualian yang lengkap bagi produk ini.

Anda boleh membatalkan sijil dengan memberikan notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik sumbangan selepas dicaj berdasarkan pro rata untuk tempoh perlindungan berkuat kuasa atau caruman minimum yang perlu dibayar, mana yang lebih tinggi.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

Muat Turun Dokumen