Takaful Malaysia

Takaful myMazda

Takaful myMazda ialah produk takaful motor komprehensif yang direka khas secara eksklusif untuk pemilik kenderaan Mazda.

Produk motor takaful komprehensif yang menyediakan perlindungan untuk kenderaan anda sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan akibat kemalangan, kebakaran, atau kecurian, serta liabiliti pihak ketiga bagi kematian, kecederaan badan, dan kehilangan atau kerosakan harta benda.

Manfaat Utama

Perlindungan Komprehensif

Kami menyediakan perlindungan terhadap kenderaan anda daripada kerugian atau kerosakan akibat kemalangan, kebakaran, kecurian, serta kecederaan badan pihak ketiga dan kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga serta pakej manfaat seperti nilai yang dipersetujui, pengecualian penambahbaikan, tunda tanpa had perlindungan kemalangan peribadi, semua pemandu dan banyak lagi.

Program bantuan bahu jalan 24/7

Tundaan tanpa had untuk kereta persendirian (tundaan akibat kerosakan, kemalangan atau pembaikan ringan bahu jalan).

Perlindungan tambahan

Untuk ketenangan jiwa anda termasuk cermin depan, tingkap dan pelindung matahari kenderaan, kemasukan peril khas, penggantian kunci, perlindungan liabiliti penumpang serta mogok, rusuhan dan kekacauan awam.

Banner

Kelayakan

Umur kemasukan Peserta (umur pada hari lahir akan datang) mestilah 18 tahun dan ke atas.

Umur kenderaan sehingga 20 tahun.

Semua model kenderaan Mazda dengan jumlah perlindungan RM750,000 dan ke bawah.

Tempoh Takaful: Satu tahun

Bagaimana untuk Menyertai?

Hubungi pengedar Mazda/ejen Takaful kami

Soalan Lazim

Produk ini melindungi:

  1. Kerugian atau kerosakan ke atas kereta anda disebabkan oleh kemalangan, kebakaran atau kecurian.
  2. Liabiliti anda atau liabiliti pemandu yang diberi kuasa terhadap pihak ketiga bagi:

    1. Kecederaan tubuh badan dan kematian; dan
    2. Kerugian atau kerosakan harta benda.
  3. Manfaat tambahan yang ditawarkan secara eksklusif untuk kenderaan Mazda melalui pengedar Mazda sahaja:

    1. Nilai yang Dipersetujui sehingga 15 tahun:
    2. Pengecualian penambahbaikan sehingga 10 tahun;
    3. Perlindungan Semua Pemandu;
    4. Tiada Ekses Tuntutan;
    5. Tunda Tanpa Had (termasuk kemalangan);
    6. Jaminan Pembaikan sehingga 12 bulan;
    7. Elaun Kesulitan Kemalangan;
    8. Khidmat Bantuan Bahu Jalan (pembaikan ringan bahu jalan); dan
    9. Kemalangan Peribadi (terpakai kepada Pemandu dan Penumpang).

Sumbangan yang perlu anda bayar mungkin bergantung kepada kelayakan NCD, manfaat pilihan dan faktor penarafan kami seperti jumlah perlindungan, umur kenderaan, buatan dan model kenderaan serta umur peserta.

Boleh. Anda boleh membatalkan sijil anda pada bila bila masa dengan memberikan notis bertulis kepada CSU kami melalui e-mel, dengan mengunjungi mana-mana Takaful myCare Centres (TMCC) atau ejen yang sah, atau melalui portal myTakafulCustomer. Selepas pembatalan, anda layak mendapat pemulangan secara pro-rata daripada sumbangan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan.

Nilai yang Dipersetujui adalah jumlah perlindungan yang akan kami bayar kepada anda sekiranya berlaku kerugian menyeluruh atau kecurian. Manakala Nilai Pasaran adalah jumlah perlindungan yang akan kami bayar kepada anda mengikut nilai pasaran kereta anda pada masa kerugian menyeluruh atau kecurian, tetapi tertakluk kepada jumlah perlindungan yang dipilih oleh anda.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

Document Download