Pelan Takaful myFlexi PA membolehkan anda memilih manfaat mengikut kemampuan dan keperluan anda.
Dari serendah RM0.35 sehari
Perlindungan tinggi sehingga RM750,000.
Tiada pemeriksaan perubatan.
Pulangan tunai dan bonus pembaharuan sekiranya tiada tuntutan.
Hibahkan manfaat perlindungan serta jaminan kewangan kepada yang tersayang dengan mudah
Rakyat Malaysia: atau
Penduduk Tetap Malaysia; atau
Ekspatriat dengan permit kerja yang sah di Malaysia (Pekerjaan Kelas 1 – pekerja kolar putih yang bekerja di dalam premis pejabat sahaja).
Jumlah sumbangan tahunan yang anda perlu bayar mungkin berbeza-beza bergantung pada pelan yang dipilih.
Produk ini tidak melindungi perkara berikut:
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk sijil takaful dan lampiran untuk senarai penuh pengecualian.
Anda boleh membatalkan sijil anda pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis kepada Kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik sumbangan secara pro-rata; tertakluk kepada caruman minimum RM25.00 akan disimpan oleh Kami, dengan syarat tiada tuntutan dibuat di bawah sijil.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).